Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH

ASMIDA BINTI YAACOB (D20071029918)

BLOG

Blog EntryApr 9, '10 6:45 AM
for everyone

FAKTOR-FAKTOR YANG MENPENGARUHI TAHAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru Kemahiran Hidup di daerah Kota Bharu, Kelantan. Batasan kajian di tertumpu kepada pembolehubah-pembolehubah yang menyumbang ke arah kepuasan kerja dalam kalangan  guru KH di mana skop kajian ini menyentuh tiga aspek iaitu dari segi beban kerja, peluang kenaikan pangkat dan pendapatan. Seramai 40 orang dipilih secara rawak mudah dari 5 buah sekolah menengah di daerah Kota Bharu. Pengkaji. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical packages For Social Science (SPSS) untuk mendapatkan hasilkan kajian dalam bentuk peratusan dan kekerapan. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, mendapati faktor peluang kenaikan pangkat berada pada tahap tinggi dalam mempengaruhi kepuasan kerja dalam kalangan responden. Manakala faktor beban tugas dan pendapatan adalah pada tahap sederhana. Dalam sesebuah organisasi pendidikan, kepuasan kerja memberi kesan kepada organisasi itu sendiri kerana ia merupakan salah satu faktor kejayaan organisasi tersebut. Di akhir kajian ini, dikemukakan beberapa cadangan yang sesuai untuk meningkatkan kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru Kemahiran Hidup.

 

 

Persoalan kajian 

Tujuan utama kajian adalah untuk menjawab beberapa persoalan mengenai kepuasan bekerja dalam kalangan guru kemahiran Hidup.

1.1.1        Adakah guru dibebani dengan tugas-tugas perkeranian di sekolah selain waktu kerja?

1.1.2        Adakah suasana persekitaran bengkel yang selesa dan ceria member kepuasan kerja dalam pengajaran guru?

1.1.3        Adakah gaji yang diterima setimpal dengan kerja anda sebagai seorang guru yang berpengalaman?

1.1.4        Adakah interaksi anda dengan pengetua dan rakan sekerja mesra?

1.1.5        Adakah anda berpuas hati mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup?

 

 

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk :

1.1.6        mengetahui sejauhmana tahap faktor bebanan tugas dalam mempengaruhi kepuasan bekerja dalam kalangan guru-guru Kemahiran Hidup daerah Kota Bharu.

1.1.7        Mengetahi sejauhmana tahap faktor peluang kenaikan pangkat mempengaruhi kepuasan bekerja dalam kalangan guru-guru Kemahiran Hidup daerah Kota Bharu.

1.1.8        Mengetahui sejauhmana tahap faktor pendapatan dalam mempengaruhi kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru Kemahiran Hidup daerah Kota Bharu.

 

 

 

Batasan Kajian

 

Dalam kajian ini, penyelidik membataskan kajian agar tidak terlalu luas di samping memudahkan untuk dianalisa. Kajian ini hanya tertumpu kepada guru-guru yang mengajar subjek Kemahiran Hidup sahaja. Responden dalam kajian ini adalah terdiri daripada guru-guru Kemahiran Hidup yang sedang berkhidmat di Sekolah Menengah dalam daerah Kota Bharu. Kajian ini dalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepuasan bekerja dalam kalangan guru-guru Kemahiran Hidup di sekolah menengah dalam daerah Kota Bharu. Kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti strategi meningkatkan kepuasan kerja guru-guru Kemahiran Hidup semasa waktu persekolahan di Sekolah Menengah sekitar Kota Bharu.

Instrumen Kajian

 

Instrument yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk borang soal selidik, yang akan diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklumbalas yang mana ianya merangkumi beberapa item. Soal selidik mempunyai beberapa kebaikan dibandingkan dengan cara-cara lain dalam usaha penyelidik mendapatkan maklumat kualitatif dan kuantitatif. Di antaranya ialah maklumat dan data-data dari responden dapat diperolehi secara terus daripada responden. Selain itu ianya lebih cepat serta menjimatkan masa dan perbelanjaan.  Arahan dan soalan yang diberi dalam soal selidik adalah piawai dan serupa kepada semua responden yang dikaji. Responden dapat bertindak balas terhadap rangsangan soalan yang piawai dengan lebih berkesan. Ini dapat meningkatkan lagi ketepatan dan kebenaran gerak balas responden terhadap rangsangan soalan yang diedarkan.

Dalam kajian ini penyelidik telah menggunakan soal selidik yang berdasarkan skala likert dengan menggunakan Skala Lima Mata. Penggunaan skala lima mata adalah kerana sebab-sebab berikut :

i. Soal selidik lebih mudah ditadbir setelah dibina dengan baik.

ii. Lebih mudah untuk mendapatkan data yang banyak.

iii. Maklumat yang diperoleh daripada responden mudah dianalisa.

iv. Soal selidik lebih menjimatkan masa, tenaga dan kos.

v. Responden lebih mudah dan berani untuk memberi tindak balas terhadap aspek yang dikaji.

 

Borang soal selidik mengandungi dua bahagian iaitu A dan B. Bahagian A menggunakan skala di mana soalan perlu ditanda ( √ ) oleh responden berkaitan latar belakang mereka. Bahagian B pula, soalan berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan kerja di kalangan guru teknikal di Sekolah Menengah sekitar Kota Bharu. Skala yang digunakan untuk mengukur pemarkahan bahagian B bagi kajian ini ialah menggunakan kaedah skala likert 5 mata.

 

Perbincangan

Skop perbincangan adalah menjurus kepada dapatan yang telah diperolehi melalui kajian yang telah dijalankan. Dalam kajian ini penyelidik telah menggariskan beberapa faktor yang mempengaruhi kepusan bekerja dalam kalangan guru-guru Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah dalam daerah Kota Bharu. Penyelidik akan mengkhususkan kepada faktor-faktor yang telah dinyatakan di dalam objektif kajian. Faktor-faktor yang dimaksudkan adalah tentang beban tugas, peluang kenaikan pangkat dan pendapatan yang diterima.

 

Kesimpulan

Kepuasan bekerja merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan seorang pekerja tidak kira dalam apa juga bidang yang diceburi. Ini kerana kepuasan bekerja lazimnya dikaitkan dengan motivasi seseorang untuk melaksanakan amanah yang di beri. Individu yang tidak mempunyai motivasi sering kali gagal melaksanakan tugas dengan sempurna.

Daripada perbincangan, penyelidik merumuskan beban tugas merupakan salah satu faktor yang akan mempengaruhi kepuasan bekerja di kalangan guru-guru Kemahiran Hidup. Tugas seorang guru kemahiran Hidup bukan sahaja melibatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sahaja, malah ia melangkau jauh dengan penggunaan bengkel, alatan dan mesin yang memerlukan tahap pengawasan tinggi dari segi keselamatan. Tidak cukup dengan itu, persediaan untuk pengajaran di dalam bengkel atau makmal tidak boleh dibuat sekadar cukup makan sahaja. Sekiranya dibuat ala kadar sahaja, dikhuatiri objektif pengajaran tidak tercapai atau menyeluruh kepada semua pelajar. Oleh yang demikian, seorang guru kemahiran Hidup yang terlibat menggunakan bengkel semasa sesi pengajaran terpaksa melakukan persediaan secukupnya. Walhal, guru-guru kemahiran Hidup ini tidak disediakan pembantu makmal seperti guru yang mengajar matapelajaran sains. Di sini dapat kita lihat betapa berat dan besarnya peranan seorang guru teknikal dalam usaha melahirkan modal insan. Ini tidak masuk lagi tugasan yang lain yang terpaksa dilakukan oleh seorang guru teknikal yang boleh menambah beban yang sedia ada.

Selain itu, faktor peluang kenaikan pangkat juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kepuasan bekerja dikalangan guru-guru kemahiran hidup. Dengan wujudnya peluang kenaikan pangkat, ia akan menjadi satu motivasi kepada seseorang pekerja untuk menjalankan tugas dengan lebih baik. Dengan peluang kenaikan pangkat yang terhad, secara tidak langsung ia akan melemahkan semangat seseorang untuk bekerja dengan lebih baik.. Dalam konteks perbincangan ini, peluang kenaikan pangkat adalah objektif yang ingin dicapai dan ia akan mencetuskanmotivasi seseorang pekerja untuk mencapainya. Dengan tercapai apa yang dihajati, maka akan lahirlah rasa puas hati dengan apa yang telah diusahakan.

Faktor pendapatan yang diterima juga memainkan peranan penting dalam mempengruhi kepuasan bekerja. Walaupun kepuasan berdasarkan kepada pendapatan yang diterima sukar diukur namun sekurang-kurangnya pendapatan yang diterima dapat menampung kos kehidupan seseorang pekerja. Di samping itu, jumlah pendapatan yang diterima hendaklah setimpal dengan beban tugas yang dipikul, risiko yang terpaksa ditanggung dan kepayahan dari segi melaksanakannya.

 

Cadangan

Hasil daripada kajian yang telah dijalankan ternyata terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan ketidakpuasan bekerja di kalangan responden. Di antaranya ialah bebanan tugas yang dipikul, peluang kenaikan pangkat dan pendapatan yang diterima. Dapatan kajian ini mempunyai beberapa implikasi terutamanya kepada pentadbiran sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Atas alasan ini penyelidik ingin mengemukakan beberapa cadangan yang bertujuan untuk dipraktikan oleh pihak tertentu agar perkara yang dibincangkan ini dapat diperbaiki di masa akan datang.

 


Blog EntryApr 6, '10 3:10 AM
for everyone

1.      Jelaskan 2 definisi penyelidikan ilmiah dan apa sahaja kepentingan penyelidikan ilmiah yang anda tahu.

         Penyelidikan dalam Bahasa Inggeris adalah Research. Kata research bermakna “the search for knowledge or any systematic investigation to establish facts.” dari French recherche “to search closely”

         Penyelidikan ilmiah adalah ‘usaha yang sistematik dan terancang bagi mengkaji masalah spesifik yang memerlukan suatu penyelesaian’. Oleh itu, penyelidikan yang diuruskan adalah selalu dikaitkan dengan bagaimana (proses) untuk menangani pelbagai masalah yang sebenar (kandungan). Ada pula penyelidikan yang memberi  tumpuan kepada perkara-perkara yang bersifat asas (menjelas, mengesah atau membina teori atau penyelidikan asas) atau perkara-perkara yang bersifat praktikal (penyelidikan gunaan), dengan penekanan terhadap memperolehi pengeluaran-pengeluaran dapat diukur yang bersifat khusus samada untuk sesebuah organisasi tertentu, untuk persendirian atau untuk kegunaan yang meluas. Kemudian, terdapat juga bentuk penyelidikan yang terdiri daripada kerjasama antara penyelidik dan pakar-pakar profesional (penyelidikan tindakan).

Kepentingan penyelidikan ilmiah ialah  :

           Menyelidik topik yang kita ingin tahu atau “passionate”

           Satu bahagian penting dalam peranan akademik dan faktor utama dalam kenaikan akademik

2.         Bagaimana menyusun matlamat penyelidikan ilmiah yang hendak anda buat? bagi contoh proses pembinaannya.

-Untuk tajuk kajian yang lakukan ialah faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru yang mengajar subjek Kemahiran Hidup. Untuk menyusun matlamat, saya susun adalah secara sistematik mengikut teori pertama yang ingin dibincangkan seperti mencari sebab dan musababnya.

-Contoh proses pembinaannya ialah saya mulakan dengan bab 1 iaitu pengenalan, bab 2 sorotan literatur, bab 3 ialah metodologi, bab 4 ialah analisis data, dan proses seterusnya adalah bab 5 yang mengandungi  kesimpulan atau perbincangan.

 

3.         Jelaskan apa itu kaedah penyelidikan ilmiah?  Senaraikan lima kaedah penyelidikan ilmiah yang anda tahu, jelaskan bila ianya digunakan dan kenapa digunakan?

Kaedah penyelidikan ialah satu kombinasi daripada beberapa faktor.  - sebagai contoh, sama ada penyelidik itu percaya bahawa terdapat beberapa jenis dari luaran ‘kebenaran' yang perlu ditemui di luar sana, atau sama ada tugas penyelidikan itu adalah untuk meneroka pelbagai perspektif masyarakat secara semula jadi. Ia dipengaruhi pelbagai perspektif yang dimiliki oleh penyelidik misalnya positivis, interpretivist, atau perspektif lain. Sikap penyelidik juga mempunyai peranan yang menentukan misalnya teori mana seharusnya digunakan – sebagai satu model teoretis atau perspektif (pendekatan deduktif) atau beberapa model patut timbul daripada data sendiri (induktif).

 

Penyelidikan Eksperimen dan Separa-Eksperimen

-Dalam eksperimen saintifik subjek yang akan dikaji secara rawak ditetapkan sebagai satu uji kaji. Kelompok ujikaji itu menerima ‘rawatan' dan keputusan-keputusan dibandingkan dengan kumpulan kawalan yang tidak mendapat rawatan. Dalam dunia sebenar, ia sering kali tidak mungkin menjalankan penyelidikan ujikaji yang sebenar kerana kesukaran untuk mencari kumpulan kawalan yang mudah dipadankan dengan syarat-syarat kunci pembolehubah (seperti umur, jantina, pendapatan, gred kerja, dan sebagainya). Sebaliknya, rekabentuk separa-eksperimen digunakan di mana penyelidik, sebagai contoh, terpaksa mengesan kewujudan kumpulan-kumpulan daripada mengesan lukisan pada sampel-sampel yang rawak.

 

Penyelidikan eksperimen dan separa-eksperimen kemudiannya memberi penegasan kepada:

·         Menghasilkan semula teknik uji kaji makmal dengan kaedah-kaedah yang sangat berstruktur.

·         Generasi daripada hipotesis awal.

·         Pengawalan pembolehubah.

·         Pengukuran Tepat (kuantitatif) luaran-luaran.

·         Generalisasi daripada contoh-contoh untuk populasi yang serupa.

 

Penyelidikan Tindakan

Penyelidikan tindakan:

·         Melibatkan kedua-dua orang penyelidik dan pengamal (atau pengamal sebagai penyelidik dalam pertubuhan mereka sendiri).

·         Boleh distrukturkan dan melibatkan penggunaan eksperimen manakala kumpulan kawalan digunakan bagi menguji satu hipotesis.

·         Boleh juga tidak berstruktur dan digunakan secara induktif/beraruhan (dan secara kualitatif).

·          

Tinjauan Analitis

Tinjauan analitis menegaskan:

·                     Satu pendekatan deduktif.

·                     Pengenalpastian populasi penyelidikan.

·                     Satu lukisan tentang sampel wakilan daripada penduduk/populasi.

·                     Kawalan pembolehubah.

·                     Generasi kedua-dua data kualitatif dan kuantitatif.

·                     Kebolehan sesuatu keputusan itu menjadi umum.

 

Penyelidikan fenomenologi

Penyelidikan fenomenologi:

·         menekankan logik induktif.

·         mencari pendapat-pendapat itu dan akaun-akaun subjektif dan tafsiran-tafsiran  para peserta.

·         mengharapkan pada analisis data kualitatif

·         bukan sangat membimbangkan dengan mengeneralisasi untuk populasi lebih besar, tetapi dengan huraian mengikut konteks dan analisis. 

 

Penyelidikan Heuristik.

Penyelidikan heuristik, melibatkan penyelidik itu dalam: 

  • satu pertanyaan apa yang mereka mahu dalam penyelidikan
  • hidup, tidur dan bergabung dengan soalan kajian. 
  • membenarkan fungsi-fungsi dalaman gerak hati untuk memperluaskan pemahaman soalan. 
  • menyemak semua data daripada pengalaman-pengalaman sendiri bagi mengenal pasti makna-makna tersirat. 
  • membentuk satu sintesis kreatif, termasuk idea-idea untuk satu proposisi. 


4.         Jelaskan apa itu sorotan literatur? apa kepentingan sorotan literatur? Beri contoh cara penyediaannya.. gunakan satu tajuk.

Sorotan literatur merupakan sorotan ke atas bahan bacaan yang telah dibaca seperti jurnal, artikel, kertas seminar dan lain-lain.

Dalam sorotan literatur, beberapa kaedah digunakan iaitu:

a. Membanding dan membeza

·         Mencari perbezaan dan persamaan dari segi ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau

                peristiwa.

·         Digunakan apabila terdapat  2 atau lebih ciri atau kemungkinan dan juga ketika membuat keputusan atau pilihan

·         Langkah penggunaan:

i. perhatikan dan berikan tumpuan pada 1 atau beberapa ciri kajian tindakan.

ii. kenalpasti ciri kajian tindakan tersebut.

iii. nyatakan ciri persamaan dan perbezaan

b. Menganalisis

·         menceraikan maklumat ke bahagian-bahagian lebih kecil dan menghuraikan maksud yang

                tersirat.

·         digunakan untuk memahami dan mengenal hubungkait antara bahagian dan mengenali

               prinsip-prinsip yang terlibat.

     c. Menilai

·         mempertimbangkan kebaikan dan kelemahan sesuatu perkara berdasarkan bukti yang sah.

·         digunakan apabila ingin memilih sesuatu atau  menerima atau menolak sesuatu idea.

            d. Kesimpulan

·         menyatakan hasil sesuatu kajian berdasarkan pada 1 hipotesis dan mengukuhkan

               berdasarkan penyiasatan.

·         digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong  kenyataan.

 

       e. Mensintesis

·         menggabungkan idea-idea, unsur atau item yang berasingan seterusnya menghasilkan

gambaran yang menyeluruh dalam bentuk penyataan esei, lukisan atau artifak.

 

5.         Jelaskan apa yang dimaksud dengan populasi dan persampelan. Buat definisi kedua-duanya, jelaskan kepentingan penentuan populasi dan persampelan serta bagaimana penentuan populasi dan persampelan dalam sesebuah penyelidikan?

Populasi didefinasikan sebagai pungutan manusia, objek, atau item yang diminati.  Populasi secara meluas menerangkan kategori seperti “semua kenderaan”, atau boleh menerangkan secara terperinci sebagai “semua kereta Proton yang dikeluarkan pada tahun 2000”.  Populasi boleh juga sebagai kumpulan manusia, seperti “semua pelajar di UPSI, UMS”, atau boleh jadi set objek, seperti “semua TV yang dikeluarkan oleh Sony di Malaysia”.  Apabila penyelidik memungut data dari seluruh populasi bagi sesuatu ukuran yang diminati, ia dipanggil sebagai “bancian” (census).  Semua orang biasa dengan bancian isirumah Malaysia yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.  Ia dilakukan 10 tahun sekali untuk mengukur taraf kehidupan semua rakyat di Malaysia.

 

Sampel adalah bahagian daripada keseluruhan, jika ia diambil dengan sempurna, ia mewakili keseluruhan.  Untuk beberapa sebab yang tertentu, penyelidik biasanya lebih gemar untuk menggunakan sampel berbanding dengan populasi.  Sebagai contoh, di dalam menjalankan ujikaji kawalan kualiti untuk mementukan purata tempoh hayat mentol lampu, pengilang mentol lampu mungkin mengambil sampel rawak hanya 75 biji mentol lampu sahaja di dalam proses pengeluarannya. Disebabkan oleh batasan masa dan kewangan, pengurusan sumber manusia mungkin hanya mengambil sampel rawak pekerja berbanding menggunakan bancian untuk mengukur moral pekerja.


6.  Apa yang dimaksud dengan statistik? Jelaskan apa kepentingan statistik? Beri contoh bagaimana analisis statistik dijalankan.

Perkataan statistik mempunyai pelbagai makna.  Webster’s Third New International Dictionary memberikan definasi statistik yang komprenhensif sebagai “sains yang berurusan dengan pungutan, analisis, tafsiran dan persembahan data numerik”.  Merujuk kepada Wikipedia statistik ialah sains dan aplikasi dalam membangunkan pengetahuan manusia melalui penggunaan data empirikal. Statistik berasaskan teori statistik iaitu salah satu daripada cabang matematik . Dalam teori statistik, kerawakan dan ketidakpastian dimodelkan berasaskan teori kebarangkalian. Statistik termasuk perancangan, meringkaskan, dan memahami pemerhatian yang tidak menentu. Tujuan statistik adalah menghasilkan maklumat "terbaik" daripada data yang ada, sesetengah orang menggolongkan statistik sebagai cabang teori keputusan.

 


7.  Secara amnya apa itu analisis data dan jelaskan bagaimana analisis data dijalankan serta beri contoh.

Secara ringkas analisis data dapat diertikan suatu proses analisis data (untuk memudahkan analisis data) yang sistematik biasanya meliputi proses editing, coding/recoding, klasifikasi atau pengelompokkan dan tabulating serta menganalisis hasil analisis data untuk merumuskan hasil penyelidikan.

Analisis data dijalankan dengan dua cara iaitu salah satunya melalui cara analisis deskriptif. Cara ini mengorganisasi dan menyimpulkan informasi secara numerik, dengan menelaah variabel penyelidikan satu persatu. Biasanya dengan menggunakan jadual, grafik atau diagram. Kedua pula adalah melalui cara analisis statistik. Cara ini bertujuan untuk menghasilkan suatu kesimpulan atau mengetahui suatu keadaan yang terjadi pada suatu populasi dengan menggunakan informasi yang didapatkan dan sampel yang merupakan bahagian dari populasi tersebut. Kesimpulan  diperolehi dengan melakukan pengujian hipotesis.

 

 

 

 


8.  Jelaskan 4 kaedah pengumpulan data atau maklumat dalam penyelidikan. Beri contoh bagaimana masing-masing dilaksanakan.

1. QUESTIONING
Seorang penyelidik mengakui keputusan, isu-isu dan masalah ketika melihat sebuah topik.
1 - menemukan secara independen sebuah isu atau masalah yang memerlukan suatu keputusan atau penyelesaian selepas mengeksplorasi suatu topik
2 - merumuskan soalan-soalan tentang topik dengan bantuan orang dewasa untuk mengangkat soalan untuk menumpukan pada isu-isu dan masalah
3 - Mengandalkan pada orang dewasa untuk menyatakan soalan dan topik-topik

2. PLANNING
Seorang penyelidik mengenalpasti kemungkinan sumber-sumber maklumat untuk membina pemahaman.
1 - Memilih high quality secara mandiri dan efisien sumber-sumber
2 - Memilih sumber sukses campuran
3 - mengembara dari sumber sumber yang tanpa mempersoalkan sumber akan sangat membantu

3. GATHERING
Seorang penyelidik mengumpul dan menyimpan maklumat untuk nanti pertimbangan.
1 - Mengumpul dan menyusun maklumat penting untuk turun secara mandiri
2 - Mengumpulkan maklumat dengan beberapa peringkat organisasi
3 - Kehilangan menjejaki maklumat yang paling penting

4. SORTING
Seorang penyelidik maklumat mengorganisasi sehingga menjadi paling berharga sedia untuk menyokong pemahaman.
1 - Mencipta struktur yang koheren dan memberikan fokus yang jelas
2 - Membuat sebahagian maklumat organisasi
3 – mengumpul maklumat yang diperolehi


9.  Tulis satu laporan penyelidikan ilmiah yang ringkas dan bagus mengikut cara-cara yang digunakan dalam sesebuah jurnal penyelidikan ilmiah... mengikut format jurnal ilmiah yang bagus; tiada mengapa menyalin semula sesebuah penulisan ilmiah dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional... tapi sila anda gunakan ayat anda sendiri..

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru Kemahiran Hidup di daerah Kota Bharu, Kelantan. Batasan kajian di tertumpu kepada pembolehubah-pembolehubah yang menyumbang ke arah kepuasan kerja dalam kalangan  guru KH di mana skop kajian ini menyentuh tiga aspek iaitu dari segi beban kerja, peluang kenaikan pangkat dan pendapatan. Seramai 40 orang dipilih secara rawak mudah dari 5 buah sekolah menengah di daerah Kota Bharu. Pengkaji. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical packages For Social Science (SPSS) untuk mendapatkan hasilkan kajian dalam bentuk peratusan dan kekerapan. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, mendapati faktor peluang kenaikan pangkat berada pada tahap tinggi dalam mempengaruhi kepuasan kerja dalam kalangan responden. Manakala faktor beban tugas dan pendapatan adalah pada tahap sederhana. Dalam sesebuah organisasi pendidikan, kepuasan kerja memberi kesan kepada organisasi itu sendiri kerana ia merupakan salah satu faktor kejayaan organisasi tersebut. Di akhir kajian ini, dikemukakan beberapa cadangan yang sesuai untuk meningkatkan kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru Kemahiran Hidup.

 

1.1              Pengenalan

Harapan Malaysia untuk menjadi sebuah Negara maju menjelang tahun 2020 telah memberikan suatu cabaran hebat dalam sistem pendidikan Negara. Pembangunan sumber manusia melalui dasar serta kemudahan pendidikan yang baik merupakan jaminan yang kukuh bagi memenuhi wawasan Negara untuk mewujudkan masyarakat yang sainstifik dan progresif, masyarakat yang inovatif dan memandang jauh ke hadapan serta bukan sahaja menjadi pengguna teknologi sahaja tetapi juga penyumbang kepada tamadun, sains dan teknologi masa depan. selaras dengan itu penyemakan semula kurikulum adalah satu usaha penambahbaikan yang bertujuan untuk memantapkan keperlukan dan kehendak Akta Pendidikan demi mempertingkatkan keupayaan dan kredibiliti pelajar menghadapi cabaran pendidikan abad ke 21.

Perguruan adalah suatu profesion yang matlamat utamanya adalah untuk membentuk insan manusia yang sempurna. Guru-guru merupakan individu yang akan memainkan peranan penting sebagai agen perubahan yang mencorak generasi yang akan datang. Maka, suasana pekerjaan guru seharusnya diberikan perhatian khusus bagi memastikan guru-guru dapat menjalankan tugas dengan baik dan cekap. Dalam usaha untuk merealisasikan pendidikan Negara ke arah teknologi, kepuasan kerja adalah perlu dalam kalangan guru-guru Kemahiran Hidup kerana golongan inilah yang menjadi teras dalam mencapai pendidikan negara.  Seandainya segala keperluan dapat dipenuhi, individu akan berasa selesa dengan tugas yang diberi sekaligus meningkatkan motivasi guru-guru memberi yang terbaik serta berkesan.

Menurut Nor Azizah Mohd Salleh (1984), aspek-aspek kepuasan bekerja oleh guru di Semenanjung Malaysia adalah :

i. Keseronokan mengajar.

ii. Kepuasan dengan pencapaian akademik pelajar.

iii. Penghargaan pihak sekolah.

iv. Peluang cuti belajar.

 

Kepuasan bekerja adalah aspek penting yang ingin dicapai oleh setiap individu yang menceburi mana-mana bidang pekerjaan. Ia menjadi satu naluri dalam diri untuk memperlihatkan kesungguhan bekerja, sikap individu dan komitmen yang dicurahkan untuk menjalankan sesuatu tugas. Kepuasan bekerja boleh dikaitkan dengan sikap seseorang menjalankan sesuatu pekerjaan. Sikap yang dimaksudkan di sini adalah seperti keseronokan seseorang terhadap pekerjaannya, setakat mana seseorang itu ingin kekal di dalam pekerjaannya, setakat mana pekerjaan itu dapat memenuhi keinginannya dan adakah pekerjaan tersebut memberi kebanggaan melalui kejayaan dan kemajuan organisasinya.

Pelbagai kajian telah dilakukan untuk mencari langkah yang diperlukan untuk mengekalkan tahap kepuasan bekerja bagi meningkatkan tahap prestasi yang tinggi di kalangan pekerja dalam sesebuah organisasi. Hasil kerja yang baik adalah berpunca daripada kepuasan kerja seseorang individu atau kakitangan di dalam sesuatu organisasi. Setiap individu akan berasa seronok dan puas apabila sesebuah organisasi mengambil berat tentang kebajikan pekerja, peluang-peluang di dalam kerjaya serta persekitaran tempat bertugas.

Untuk mengukur kepuasan kerja dalam guru mungkin berbeza dengan pekeja di sector awam san swasta yang lain. Ada yang berpendapat kerja seorang guru sangat senang, kerja setengah hari, cuti banyak dan lain-lain lagi. Sebenarnya tugas guru juga menyemaikan nilai-nilai murni agar pelajar yang dihasilkan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektualnya. Guru juga terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum, aktiviti persatuan, kursus dalaman dan luaran. Semua ini memerlukan komitmen yang tinggi dalam kalangan guru. Secara amnya, kepuasan bekerja dalam kalangan guru-guru hendaklah dipertingkatkan kerana guru yang seronok mengajar dan berdedikasi akan menguntungkan pelajar seterusnya dapat mempertingkatkan mutu pendidikan negara.

 

 

1.2              Latar Belakang Masalah

Perkembangan ekonomi Negara yang mendadak bukan sahaja menyebabkan struktur dan sistem masyarakat berubah, malah sistem pendidikan turut berubah. Mata pelajaran Kemahiran Hidup telah mula diberi perhatian sejak ia diperkenalkan pada tahun 1989. Ini bertujuan untuk memberi persediaan awal kepada pelajar apabila memasuki alam pekerjaan.  Sejak daripada itu, mata pelajaran Kemahiran Hidup berkembang mengikut perkembangan semasa Negara. Dalam mata pelajaran ini,  terdapat dua bahagian pengkhususan matapelajaran iaitu Teras dan Pilihan yang membenarkan pelajar membuat pilihan untuk memilih mata pelajaran yang sesuai berdasarkan minat serta kebolehan masing-masing.  Bahgian Teras meliputi bidang pembelajaran Reka Bantuk dan Teknologi, manakala Bahagian pilihan merangkumi empat bidang pembelajaran iaitu Kemahiran teknikal, Ekonomi Rumahtangga, Pertanian dan Perdagangan dan Keusahawanan.(Pusat perkembangan kurikulum : Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1-3). Matapelajaran ini merupakan matapelajaran yang penting sebagaimana matapelajaran yang lain yang memerlukan kerja keras untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Matapelajaran ini turut melibatkan aspek teori dan juga amali. Namun guru terpaksa menghadapi cabaran ini serentak dan juga menyediakan diri kerana subjek ini mempunyai skop yang luas dan ini merupakan satu cabaran bagi guru Kemahiran Hidup yang sedang mengajar agar dapat menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan.

      Hari ini, berbagai masalah yang berkaitan dengan kebajikan, motivasi kepuasan bekerja dalam kalangan guru sering diperkatakan. Pendedahan telah dibuat dalam media masa bercetak dari semasa ke semasa. Guru diharapkan dapat menjadi pendidik, kaunselor, mentor, pemimpin, rajin, petah bercakap  berbudi bahasa, kaya ilmu, bijak mengurus dan yang terkini bestari, sedangkan kebajikan yang sepatutnya dinikmati oleh para guru tidak diperolehi seperti skim perkhidmatan, gaji, suasana persekolahan, peluang kenaikan pangkat. (Berita harian, 26 Mei 1997).

“Guru Tertekan Akibat Beban Tugas”, hakikatnya sekarang, kebanyakan guru kita sibuk dengan pelbagi tugas sehinggakan kebanyakan mereka kelihatan terkejar-kejar di antara satu tugasan dengan tugasan yang lain. Pengagihan tugas yang tidak seimbang di antara guru dalam setahun, sikap pentadbir yang suka pilih kasih, tugasan sampingan sering dibebankan ke bahu guru oleh beberapa pihak atasan. Kebiasaannya sebilangan kecil guru hanya mampu bertahan lama kerana pada hakikatnya ganjaran kenaikan pangkat secara praktikalnya lebih terbatas dalam rangka relatif. Ramai di antara mereka meletak jawatan atau kehilangan semangat apabila gejala ketidakadilan berleluasa.(Dewan Masyarakat: Februari 1993)

Faktor kewangan juga antara perkara penting yang menjadi faktor pengukur kualiti para guru. Tugas guru sememangnya banyak. Tidak sekadar mengajar, mereka juga terpaksa melakukan kerja lebih masa di luar bidang rasmi mereka (Utusan Malaysia 15 Mei 2001). Setiap pihak harus berusaha memainkan peranan yang terbaik untuk membantu golongan ini dalam menangani dan menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam profesion yang mereka ceburi agar dapat ia menjadi faktor penggalak motivasi kepada kepuasan kerja guru.

 

1.3              Pernyataan Masalah

Secara amnya,kepuasan kerja amat sukar untuk dijelaskan dengan tepat dalam semua bidang pekerjaan kerana ia mempunyai pengertian yang sangat subjektif.  Kepuasan kerja dilihat sekiranya ia dapat menyesuaikan diri dari organisasi tempat ia bekerja. Di samping itu, kesetiaan dan komitmen yang ditunjukkan serta wujud suasana kerja yang ceria menggambarkan bahawa tahap kepuasan kerja telah dicapai. Justeru, kerjaya dalam bidang Pendidkan memerlukan minat, kesungguhan, dedakasi serta motivasi yang tinggi. Perkembangan dan kemajuan dalam kerjaya guru adalah idaman semua pendidik. Dalam menghadapi situasi ini guru tidak lari dari masalah-masalah dan isu-isu hangat yang berkaitan dengan kebajikan, beban tugas, minat, kurang pengalaman dalam bidang, rungutan elaun, ketiadaan pembantu makmal, kerja-kerja di bengkel.

Menurut Azarudin (2004), kebanyakan guru yang terlibat dalam pengurusan bengkel mempunyai beban tugas seperti guru-guru yang lain seperti memegang jawatan sebagai guru tingkatan, panitia subjek, penasihat ko-kurikulum dan sebagainya di sekolah. Selain dari dibebani tugas mengajar harian, guru bengkel ini berdepan dengan beban mengurus bengkel pula. Segala peralatan, inventori dan penyimpanan bahan malah kebersihan bengkel dipertanggungjawabkan kepada guru. Secara tidak langsung, bebanan tugas yang terpaksa dipikul oleh seseorang akan memberi kesan terhadap kepuasan bekerjanya.

Reformasi yang berlaku dalam sistem pendidikan kini menjadikan pentadbiran sekolah semakin kompleks. Walaupun pada dasarnya tugas guru hanya mengajar, tetapi lebih kepada bebanan tugas lain. Antara faktor-faktor ini telah menunjukkan bahawa kepuasan kerjaya dalam kalangan guru-guru Kemahiran Hidup semakin berkurangan?

Guru-guru Kemahiran Hidup diharapkan dapat melalui suatu anjakan paradigm ke arah mencapai matlamat dalam pekerjaan. Suatu pendekatan akan dibuat melalui tinjauan yang akan dibuat ke atas 5 buah sekolah menengah Dearah Kota Bharu. Tinjauan ini akan dilakukan ke atas guru-guru yang mengajar kemahiran Hidup Tingkatan 1-3.

Aspek-aspek yang akan dikaji akan difokuskan kepada faktor peluang kenaikan pangkat dan gaji, interaksi guru dengan rakan sekerja dan pentadbir, beban tugas, persekitaran dan kepuasan mengajar.

1.4              Persoalan kajian 

Tujuan utama kajian adalah untuk menjawab beberapa persoalan mengenai kepuasan bekerja dalam kalangan guru kemahiran Hidup.

1.4.1        Adakah guru dibebani dengan tugas-tugas perkeranian di sekolah selain waktu kerja?

1.4.2        Adakah suasana persekitaran bengkel yang selesa dan ceria member kepuasan kerja dalam pengajaran guru?

1.4.3        Adakah gaji yang diterima setimpal dengan kerja anda sebagai seorang guru yang berpengalaman?

1.4.4        Adakah interaksi anda dengan pengetua dan rakan sekerja mesra?

1.4.5        Adakah anda berpuas hati mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup?

 

 

1.5              Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk :

1.5.1        mengetahui sejauhmana tahap faktor bebanan tugas dalam mempengaruhi kepuasan bekerja dalam kalangan guru-guru Kemahiran Hidup daerah Kota Bharu.

1.5.2        Mengetahi sejauhmana tahap faktor peluang kenaikan pangkat mempengaruhi kepuasan bekerja dalam kalangan guru-guru Kemahiran Hidup daerah Kota Bharu.

1.5.3        Mengetahui sejauhmana tahap faktor pendapatan dalam mempengaruhi kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru Kemahiran Hidup daerah Kota Bharu.

 

 

 

 

1.6              Kepentingan Kajian

Kajian ini memberikan gambaran tentang keadaan profesion perguruan dewasa ini. Pentadbiran dan pendidik wajar mengetahui pengetahui perkembangan ikhtisas dan keadaan guru-guru di sekolah, kerana guru adalah model kepada organisasi pendidikan. Guru yang seronok mengajar dan berdedikasi akan menguntungkan pelajar dan mempertingkatkan mutu pendidikan Negara.

            Hasil daripada kajian ini, penyelidik berharap ia dapat member manfaat kepada pihak-pihak yang memerlukannya, terutama dalam membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Teknikal dan Vokasional dan pentadbiran sekolah dalam membuat penilaian dan perancangan supaya dapat menyediakan suasana pengajaran yang dapat member kepuasan kepada semua guru Kemahiran Hidup. Dengan itu, ia membolehkan pemimpin pendidikan dalam Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pendidikan Teknikal dan Vokasional mengetahui status perkembangan profesion guru-guru Kemahiran Hidup dan keadaan mereka. Seterusnya dapat menganjurkan kursus yang lebih berkesan untuk meningkatkan profesion perguruan yang selaras dengan matlamat pendidikan menjelang Wawasan 2020.

Selain itu, penyelidik juga berharap, kajian ini dapat memberikan kesedaran kepada pihak pengurusan sekolah untuk memahami masalah dan tanggungjawab guru demi meningkatkan kualiti pengajaran dan taraf pendidikan dalam negara. Serta dapat digunakan oleh pihak sekolah untuk melihat segala kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah dapat memberi kepuasan kepada guru-guru Kemahiran Hidup mengajar mata pelajaran tersebut.

 

 

 

 

 

 

1.7       Batasan Kajian

 

Dalam kajian ini, penyelidik membataskan kajian agar tidak terlalu luas di samping memudahkan untuk dianalisa. Kajian ini hanya tertumpu kepada guru-guru yang mengajar subjek Kemahiran Hidup sahaja. Responden dalam kajian ini adalah terdiri daripada guru-guru Kemahiran Hidup yang sedang berkhidmat di Sekolah Menengah dalam daerah Kota Bharu. Kajian ini dalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepuasan bekerja dalam kalangan guru-guru Kemahiran Hidup di sekolah menengah dalam daerah Johor Bahru. Kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti strategi meningkatkan kepuasan kerja guru-guru Kemahiran Hidup semasa waktu persekolahan di Sekolah Menengah sekitar Kota Bharu.

 

 

1.8        Definisi Istilah

 

Dalam kajian ini, terdapat beberapa istilah yang digunakan secara khusus dan mempunyai pengertian yang tersendiri. Difinisi konsep yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut :

 

1.8.1    Kepuasan Bekerja

 

Mengikut Kamus Dewan edisi ketiga (1997), kepuasan bermaksud hal atau keadaan puas dalam melakukan sesuatu. Kepuasan kerja adalah suatu yang abstrak dan bergantung kepada set nilai dan minat seseorang itu terhadap kerjayanya. Ia dapat dikesan melalui perubahan sikap dan tingkahlaku. Di dalam kajian ini, kepuasan guru-guru teknikal dapat dilihat daripada prestasi pelajaran pelajar mahupun prestasi kerja mereka.

Menurut Ishak (2004), kepuasan kerja dapat dirumuskan sebagai pengalaman perasaan positif melebihi perasaan negatif pada satu tempoh tertentu. Dalam ertikata yang lain pula, kepuasaan kerja sebagai keadaan emosi yang positif atau kegembiraan akibat daripada pencapaian dalam pekerjaan. Apabila seseorang pekerja mempunyai sikap sanggup meneruskan pekerjaannya dan suka kepada pekerjaannya, maka adalah menjelaskan bahawa pekerja itu puas dengan pekerjaannya.

Kepuasan bekerja bergantung kepada sejauhmana individu menyalurkan minat, kebolehan, personality dan nilai kepada saluran yang sejajar untuk menimbulkan rasa senang, puas hati dalam pekerjaan di samping boleh menjalankan peranan dengan berkesan (Cox, 1978). Menurut Mc Gregor (1996) pula, kepuasan bekerja adalah sesuatu yang abstrak dan bergantung kepada set nilai dan minat seseorang itu terhadap kerjayanya. Ia dapat dikesan dan bergantung kepada set nilai dan minat seseorang itu terhadap kerjayanya. Ia dapat dikesan melalui sikap dan tingkahlaku seseorang. Menurut Maslow (1970), kepuasan kerja memang dapat diperolehi jika individu yang terlibat merasakan kerja itu betul-betul menyeronokkan dan pekerjaan itu penuh makna.

Dalam kajian ini, kepuasan kerja dapat ditakrifkan sebagai segala hasil daripada pelbagai sikap yang ada pada diri guru yang mengajar mata pelajaran teknikal terhadap semua komponen kerja yang diperolehi melalui tugasnya sebagai seorang guru yang puas hati atau gembira dengan suasana kerja yang sedia ada atau sebaliknya.

 

 

1.8.2    Beban Kerja

Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga (1997), beban membawa maksud sesuatu yang dipikul. Manakala kerja pula merujuk kepada sesuatu perbuatan yang dilakukan untuk menghasilkansesuatu. Menurut Abdillah Royo ( 2008), istilah kerja dalam aspek pendidikan teknik dan vokasional pula adalah apa-apa aktiviti yang berbayar atau tidak berbayar untuk menghasilkan sesuatu dalam bentuk barangan atau perkhidmatan untuk memberi faedah kepada diri sendiri atau orang lain.

Dalam konteks kajian ini, pengkaji telah mentakrifkan beban kerja adalah tanggungjawab yang dipikul oleh seseorang guru teknikal yang mengajar di sekolah menengah teknik. Selain itu, ia juga tertakluk kepada arahan daripada ketua bahagiannya dari masa ke semasa.

 

1.8.3    Peluang Kenaikan Pangkat

Kenaikan pangkat adalah merujuk kepada fenomena berubah dari satu tahap jawatan kepada satu tahap yang lebih tinggi. Menurut Ainon dan Abdullah (2008), seseorang individu akan berasa puas apabila orang-orang yang dipimpin patuh kepada arahannya. Untuk membolehkan orang bawahan patuh kepada arahanya, ia hendaklah terlebih dahulu mempunyai kuasa.

Selain itu, kenaikan pangkat juga dikaitan dengan status dan kuasa yang diperolehi oleh seseorang pekerja. Kebanyakan pekerja sukakan sesuatu yang berunsur status dan prestij. Di samping itu, sejajar dengan kenaikan pangkat, selalunya ia diiringi dengan peningkatan pendapatan atau ganjaran yang diperolehi.

 

 

 

 

1.8.4    Pendapatan

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (1997), pendapatan adalah merujuk kepada ganjaran yang yang diperolehi hasil sesuatu pekerjaan yang telah dilakukan. Menurut Ainon dan Abdullah (2008), ganjaran adalah salah satu faktor yang akan dapat mencipta hubungan positif anatara ketua dan orang bawahannya.

Dalam kajian ini, pengkaji juga telah mengklasifikasikan pendapatan kepada beberapa aspek seperti gaji pokok, elaun tuntutan perjalanan, elaun-elaun yang lain serta beberapa faedah sampingan yang diperolehi.

 

 

1.9       Penutup

Kepuasan kerja merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan seorang pekerja. Ia merupakan satu elemen yang menjadi faktor kepada peningkatan prestasi kerja individu. Selalunya, kepuasan kerja dikaitan dengan motivasi yang tinggi dan akan menghasilkan kesan yang baik untuk sesebuah organisasi.

Dalam konteks perbincangan ini, dengan kepuasan kerja yang dapat dinikmati oleh guru-guru teknikal, ianya akan menjadi penyumbang kepada matlamat negara untuk menghasilkan generasi yang sainstifik dan progresif, masyarakat yang inovatif dan memandang jauh kehadapan, yang bukan menjadi pengguna teknologi sahaja tetapi juga penyumbang kepada tamadun, sains dan teknologi masa depan.

 

BAB 2

SOROTAN LITERATUR

 

2.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang sorotan literature yang telah dilakukan. Sorotan literature ini akan menumpukan perhatian mengenai teori-teori, kajian-kajian terdahulu yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji yang lepas sama ada pengkaji tempatan ataupun luar Negara serta definisi-definisi yang berkaitan dengan faktor kepuasan kerja . Kepuasan kerja adalah sesuatu perkara yang subjektif. Ia berlaku dalam kognitif manusia dan menyebabkan tiada pengertian yang khusus dan tepat mengenainya dapat dibuat. Walau bagaimanapun, kepuasan kerja dapat diertikan sebagai tindak balas emosi atau perasaan suka atau tidak seseorang terhadap sesuatu kerja. Ia adalah pengembangan naluri keseronokan seseorang pekerja yang diperolehi melalui pekerjaan yang dilakukan

Kepuasan bekerja adalah salah satu aspek yang penting dalam kehidupan seseorang pekerja. Ini kerana hampir setiap individu menghabiskan masa di tempat kerja. Oleh yang demikian, kepuasan kerja merupakan satu faktor utama dalam meningkatkan kualiti kerja. Maka terdapat teori-teori yang menjelaskan kepuasan kerja dari pelbagai aspek dan sudut.

Kepuasan kerja juga akan mempengaruhi kemahiran dan kebolehan seterusnya dikaitkan dengan kecemerlangan produktiviti. Herzberg (1974) menekankan bahawa kepuasan kerja yang optimum dalam kalangan pekerja boleh dicapai sekiranya majikan dapat memenuhi keinginan pekerja. Tetapi sebagai manusia mereka tidak pernah merasa puas dengan apa yang diperolehinya.

Pekerja merupakan aspek penting dalam sesebuah organisasi. Sekiranya pekerja tersebut memiliki tahap kepuasan yang tinggi, organisasi akan mempunyai tahap kecemerlang yang baik. Tetapi sekiranya pekerja yang berada dalam sesebuah organisasi tidak mempunyai kepuasan dalam pekerjaan maka keupayaan organisasi akan menjadi sukar untuk dimajukan.

 

 

 

 

2.2 Teori-teori Kepuasan Kerja

Konsep kepuasan kerja kerap kali dikaitkan dengan teori motivasi. Terdapat beberapa teori motivasi yang cuba menjelaskan tentang kepuasan kerja dan kaitan dengan motivasi. Setiap teori ini mempunyai kaedah penekanan yang berbeza. Walaubagaimana pun, teori ini bertujuan untuk memahami apakah perkara-perkara yang menjadikan pekerja menyatukan perasaan puas hati terhadap kerja.

 

2.2.1 Teori Keperluan Maslow

Mengikut teori keperluan manusia yang diutarakan oleh Maslow (1970), setiap manusia mempunyai beberapa keperluan mengikut peringkatnya dan keperluan manusia disusun kepada lima peringkat. Beliau menjelaskan bahawa manusia akan terlebih dahulu memenuhi keperluan yang paling asas dan selepas itu, mereka akan beralih kepada keperluan yang lebih bercorak prestij atau status. Maslow telah membahagikan peringkat-peringkat keperluan itu kepada lima kategori.

 

i. Keperluan Fisiologi

Keperluan fisiologi merupakan keperluan asas seperti oksigen, makanan, minuman, rehat dan tidur, pembuangan kekotoran serta kejantinaan (Ee, 1996). Bagi Maslow, yang paling penting bagi manusia adalah mengisi keperluan hidup yang asas seperti mendapatkan makan dan minum yang mencukupi untuk meneruskan kelangsungan hidup. Keperluan lain ketika ini seperti mencari kepuasan kendiri tidak membawa sebarang erti ketika ini. Manusia berusaha semata-mata untuk lari daripada kelaparan dan kehausan. Keperluan fizikal juga menjadi penting di samping makan dan minum, seperti keperluan seks yang berfungsi menyambung keturunan daripada satu generasi kepada satu generasi (Zuraidah, 1994).

 

ii. Keperluan Keselamatan, Kestabilan dan Kesejahteraan

keperluan ini merujuk kepada perlindungan daripada persekitaran melalui rumah dan pakaian, keselamatan daripada jenayah atau sebarang jenis ancaman. Selepas manusia mempunyai makanan, minuman, pakaian dan keperluan lain yang mencukupi, ia mahukan rasa selamat dan terlindung daripda ancaman bahaya. Dalam tahap ini, manusia dilindungi daripada ancaman bahaya persekitaran dan juga mewujudkan sistem perlindungan undang-undang dalam masyarakat untuk menentukan keselamatan dirinya. Ini akan dapat memenuhi keperluan dari segi keselamatan, ketenteraman, perlindungan bebas dari rasa resah, bebas dari rasa ketakutan seperti mempunyai pekerjaan yang tetap dan rumah untuk didiami. Ketiadaan keselamatan akan menimbulkan satu keadaan yang membahayakan manusia (Ee, 1996).

 

iii. Keperluan Sosial

Dalam tahap ini, manusia akan memulakan hubungan bermakna dengan orang lain, hidup berkelompok dan saling berinteraksi. Peringkat keperluan ini dikenali sebagai keperluan sosial. Pada tahap ini, manusia memerlukan perhatian, kemesraan, persahabatan dan kasih sayang sesama anggota masyarakat. Apabila individu diterima dan dihormati, dia dengan sendirinya menerima, mengasihi dan menghormati orang lain. Tingkahlaku menerima dan menjadikan ahli masyarakat itu bersatu padu. Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi, manusia itu berasa gelisah, tidak tenteram, kecewa dan akhirnya gangguan emosi akan timbul (Ee, 1996).

 

iv. Keperluan Harga Diri

Pada tahap yang keempat pula, ia merupakan keperluan harga diri. Manusia yang bermotivasi untuk memenuhi kehendak ini akan cuba mencari kepuasan hidup dan kerjayanya. Ia ingin dihormati dan dihargai sebagai seorang yang berkebolehan dan dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Mereka juga mengharapkan perhatian, pengakuan, pengiktirafan, penghargaan dan apresiasi daripada orang lain (Ee, 1996). Keperluan untuk dihargai terhadap pencapaian atau seseorang itu menjadi satu dorongan untuk terus berkhidmat dan merasakan dirinya mempunyai nilai yang tinggi. Jika keperluan ini tidak dapat dipenuhi, rasa rendah diri, lemah dan kurang keyakinan akan timbul.

 

 

 

v. Kesempurnaan Kendiri

Tahap yang paling tinggi dan terakhir adalah kesempurnaan kendiri atau keagongan diri. Keperluan ini akan dapat dicapai setelah keperluan lain dipenuhi. Pada tahap ini, manusia berupaya menggunakan dan mengiktiraf segala prestasi yang ada pada dirinya. Individu yang mencapai tahap ini berasa aman dengan diri sendiri dan mencapai kepuasan yang dicari-cari (Zuraidah, 1994). Menurut Maslow (1970), pada peringkat ini manusia dapat memahami sepenuhnya makna hidup. Mereka dapat memerima keadaan diri dengan orang lain. Mereka juga dapat memenuhi kehendak dengan memenuhi kehendak orang lain. Keperluan ini merupakan tahap keperluan yang paling tinggi dalam kehidupan manusia. Menurut Maslow lagi, jarang sekali seseorang individu itu mencapai tahap dan memperkembangkan secara penuh potensinya (Ee, 1996).

 

Sebagai kesimpulan, selagi keperluan asas itu tidak dapat diisi, keperluan lain tidak menjadi penting. Oleh itu, keperluan asas perlu diisi dahulu bagi seseorang pekeja supaya dapat bergerak untuk mencari tahap lebih tertinggi.

 

2.2.2 Teori Perbandingan Dua Faktor Herzberg

 

Teori ini telah dikemukakan oleh Herzberg (1974) yang juga merupakan salah satu yang termasuk dalam teori motivasi. Dalam teori ini, beliau telah mengemukan dua pembolehubah kerja yang dikenali sebagai motivator (faktor kandungan) dan hygiene (faktor hubungan). Menurut teori yang dikemukan oleh Herzberg, apabila pekerjaan itu menyediakan banyak faktor kandungan, iaitu perasaan penghormatan, perasaan pencapaian dan lain-lain, ini akan membuatkan pekerja akan merasa puas terhadap pekerjaan yang dilakukannya.

Apabila faktor kandungan ini tiada, pekerja tidak akan merasa puas dan akan bersikap neutral sahaja. Jika pekerjaan menyediakan banyak faktor hubungan seperti gaji yang memuaskan, keadaan kerja yang harmoni dan lain-lain, pekerja akan bersikap neutral terhadap pekerjaan. Apabila faktor ini tiada, pekerja akan merasa tidak puas terhadap pekerjaan.

 

 

 

2.2.3 Teori Ekuiti Adams

Teori ekuiti adalah berdasarkan cara-cara manusia berfikir. Ia telah diasaskan oleh J.Stacy Adam (1965).Teori ini memberi tumpuan dan penekanan kepada persepsi dan perasaan seseorang individu itu kepada persoalan sama ada dia menerima layanan yang adil apabila diterima berbanding dengan layanan yang diterima oleh individu lain.

Mengikut teori ini, seseorang itu menilai apa sumbangannya dengan cara membandingkan sumbangannya dengan ganjaran yang diterima. Apabila seseorang itu memberi sumbangan, seseorang pekerja itu mempunyai harapan berkenaan ganjaran yang sewajarnya diterima. Sebagaimana seseorang itu menerima ganjaran, dia juga melihat individu-individu lain menerima ganjaran mereka. Berdasarkan keadaan seperti itu, pekerja itu akan membanding ganjaran yang diterima olehnya dengan ganjaran yang diterima oleh individu lain. Perbandingan itu dibuat daripada beberapa aspek :

i. Apakah ganjaran yang diterima oleh individu lain.

ii. Apakah yang dilakukan oleh individu lain bagi mendapatkan ganjaran yang mereka terima.

iii. Adakah pekerja tersebut merasakan sudah mendapat ganjaran yang sewajarnya, berbanding dengan ganjaran yang diterima oleh individu lain.

 

Apabila seseorang pekerja itu merasakan ganjaran yang diterima adalah tidak wajar dengan apa yang telah disumbangkan, maka ia akan mencetuskan rasa ketidakpuasan hati terhadap perkara tersebut. Seterusnya, perasaan tersebut akan mendorong seseorang pekerja itu melalukan perkara-perkara yang akan mendatangkan kepuasan kepada dirinya.

Sumbangan seseorang disebut dengan input. Contoh input adalah seperti masa, tenaga, kelayakan, kemahiran dan lain-lain lagi. Manakala ganjaran yang diterima oleh seseorang individu itu disebut sebagai hasil. Apabila seseorang pekerja menganggap perbandingan di antara input dan hasil adalah seimbang dan adil kepadanya, pekerja tersebut akan berasa puas hati dengan ganjaran yang diterima. Akibatnya, dia mempunyai motivasi yang tinggi untuk melakukan tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya.

 

 

 

2.2.4 Teori Jangkaan

 

Teori jangkaan telah dikemukan oleh Vroom(dalam Ainon dan Abdullah, 2008) yang juga dikenali sebagai expectancy theory. Teori ini memfokuskan kepada motivasi seseorang pekerja itu dan hubungannya dengan jangkaan mereka.

Menerusi teori ini juga, kepuasan kerja bukan pendorong prestasi tinggi sebaliknya ia adalah hasil daripada prestasi yang tinggi. Dalam kata lain, apabila seseorang pekerja menghasilkan prestasi tinggi, maka pekerja tersebut akan merasa puas dengan pekerjaan mereka. Ringkasnya, kepuasan kerja amat bergantung kepada prestasi, manakala prestasi tidak berapa bergantung kepada kepuasan kerja.

Teori jangkaan mengatakan manusia ini bersifat waras atau rasional kerana mampu membuat keputusan yang waras. Dengan menggunakan pemikiran yang rasional, mereka akan membuat pilihan yang paling menguntungkan. Contohnya, apabila seseorang individu mencari peluang pekerjaan, dia akan berfikir pekerjaan apakah yang akan memberi keuntungan untuk jangka masa panjang atau pendek.

 

Teori ini mempunyai tiga komponen, iaitu ;

i. Jangkaan

Melihat kepada perhubungan antara prestasi daripada usaha yang diberikan dengan hasil yang akan diperolehi oleh seseorang pekerja. Manusia yang rasional tidak terus melakukan sesuatu kerja. Bagi setiap apa yang akan dikerjakan seseorang itu sudah mengira-mengira sejauh mana dia dapat melaksanakan kerja itu. Apabila pekerja tersebut mempunyai harapan kerja itu dapat dilakukannya, dan dengan itu dia akan mendapat ganjaran yang diharapkan.

 

ii. Instrumental

Merujuk kepada keyakinan seseorang dengan apa yang diusahakannya dapat mendatangkan hasil ataupun ganjaran. Apabila seseorang pekerja dengan kerja yang dilakukan akan menghasilkan ganjaran buatnya, maka dia terdorong untuk melakukan kerja itu.

 

iii. Valen

Valen pula adalah penilaian terhadap hasil yang diperolehi. Setiap hasil mempunyai nilai tertentu, iaitu seseorang pekerja percaya bahawa nilai sesuatu hasil yang diperolehi adalah berbeza dengan yang diperolehi oleh pekerja lain. Bagi setiap kerja yang dilakukan, kerja itu sendiri mempunyai pelbagai hasil. Setiap hasil itu pula mempunyai ciri-ciri menarik, ataupun tidak menarik.

 

Salah satu sumbangan teori jangkaan ini adalah ia membantu menerangkan bagaimana motivasi dan keupayaan kerja dikaitkan dengan prestasi kerja. Seseorang itu hanya dapat menghasilkan kerjanya yang sebenar apabila dia mempunyai motivasi kerja dan keupayaan menjalankan kerja itu. Apabila salah satu daripada elemen itu tiada, maka dia tidak dapat menghasilkan kerja itu.

 

2.3 Kajian Terdahulu Terhadap Kepuasan Bekerja Guru

Berikut adalah kajian-kajian terdahulu yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji. Sama ada oleh pengkaji tempatan atau pengkaji luar negara.

 

2.3.1 Kepuasan Kerja Guru-Guru Oleh Pengkaji Tempatan

 

Kassim (1990), telah menjalankan kajian ke atas guru-guru Kurikulum Bersepadu Menengah (KBSM) untuk melihat hubungan di antara tekanan kerja dan kepuasan kerja serta kecenderungan untuk berhenti. Hasil kerja yang telah dijalankan menunjukkan guru-guru yang berkhidmat kurang 10 tahun tidak mempunyai kecenderungan untuk berhenti. Dalam kajian, beliau menekankan bahawa terdapatnya hubungan antara tempoh perkhidmatan dengan kecenderungan berhenti kerja di kalangan guru-guru KBSM.

Rohani (1984) telah mengkaji perkaitan kepuasan guru dengan pengalaman kurang daripada 5 tahun menyatakan lebih ketidakpuasan kerja berbanding dengan guru-guru yang mempunyai pengalaman mengajar di sesebuah sekolah pula, beliau menumpukan kajian ke atas kumpulan guru yang mengajar 10 hingga 15 tahun di sebuah sekolah mendapati kepuasan kerja guru tidak disandarkan kepada bilangan tahun itu mengajar di sekolah tersebut.

Azizah (1988) yang membuat kajian terhadap 338 orang guru lepasan maktab mendapati guru berpuas hati dengan tugas mengajar, penghargaan yang didapati dan kepuasan kerja keseluruhannya. Walaubagaimana pun, mereka tidak berpuas hati dengan gaji, peluang kenaikan pangkat dan beban kerja.

Manakala kajian yang dilakukan oleh Shahabudin (1998), berpendapat bahawa faktor luaran dan dalaman adalah menjadi penyebab utama kepada kepuasan bekerja yang rendah di kalangan guru-guru di Malaysia. Kajian Lim (2003) untuk melihat hubungan di antara tekanan kerja dan ketidakpuasan kerja telah dijalankan di kalangan guru-guru di Sekolah Rendah Cina di Zon Pudu, Kuala Lumpur. Hasil daripada kajiannya, telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan negatif yang signifikan di antara tekanan kerja dan tidakpuasan kerja.

Menurut Mohd Noh (1994), bahawa kepuasan bekerja akan tercapai di mana sikap dan peranan yang baik atau bersifat positif yang dimiliki oleh individu terhadap kerja yang dilaksanakannya. Tambahan pula ketidakpuasan kerja akan wujud sekiranya faktor-faktor negatif seperti ketidakcekapan sistem pentadbiran, ganjaran yang tidak setimpal, suasana tempat kerja yang tidak selesa dan sebagainya yang boleh menimbulkan kelemahan semangat untuk bekerja.

 

 2.3.2 Kepuasan Kerja Guru-Guru Oleh Pengkaji Luar Negara

 

Kajian yang dilakukan oleh Abdul Patah dan Kotlik ( dalam Awalluddin 1998), yang membuat kajian terhadap guru Sains Pertanian di Timur Laut Amerika Syarikat mendapati mereka berpuas hati dengan kerja, penyeliaan dan rakan sekerja tetapi kurang berpuas hati dengan gaji dan peluang kenaikan pangkat. Di samping itu, kajian mereka mendapati kepuasan dari segi kerja, gaji, penyelia, rakan sekerja dan kepuasan keseluruhan akan meningkat dengan meningkatnya umur, gaji dan pengalaman mengajar. Guru yang mengajar di bandar juga lebih berpuas hati dengan gaji dibandingkan dengan guru yang mengajar di pekan kecil dan luar bandar.

Kajian yang dijalankan oleh Edward (1999) mendapati bahawa individu yang diberi peranan yang tidak jelas akan mengalami ketidakpuasan kerja serta kurang keyakinan untuk menjalankan tugas. Menurutnya lagi, individu yang diberikan peranan dan tanggungjawab yang jelas akan membuatnya berasa yakin untuk menjalankan kerja dengan berkesan dan akhirnya akan menyumbang ke arah kepuasan kerja.

 Menurut Lock dan Schwinger (1979), tekanan ddi tempat kerja adalah sasaran atau paksaan untuk mengeluarkan sesuatu barangan dalam masa yang singkat atau tekanan ke atas perubahan dasar organisasi. Maka tekanan kerja boleh dirujuk sebagai satu arahan supaya menghabiskan kerja pada masa yang telah ditentukan. Apabila pekerja mengalami masalah begini, ia sering dikaitan dengan ketidakpuasan kerja.

 

Solomon (2002), pula berpendapat bahawa individu akan memilih pekerjaan yang sesuai dengan kehendak dan berlandaskan konsep kendirinya. Kebolehan individu dalam mencari jalan bagi menyalurkan keupayaan, minat dan nilai-nilai personaliti yang bersifat positif menghasilkan kepuasan dalam pekerjaan dan kesejahteraan dalam kehidupan.

 

 

2.4 Beban Tugas Dalam Mempengaruhi kepuasan Kerja

 

Menurut Yusri (2007), berpendapat lebihan beban kerja akan terjadi apabila seseorang itu menghadapi terlalu banyak kerja dalam suatu masa dan dalam suasana muram. Begitu juga tekanan kerja akan berlaku apabila kerja tersebut perlu disiapkan dalam jangka waktu yang terdekat menyebabkan lahirnya rangsangan dalam individu seterusnya menyebabkan ketegangan emosi. Akhirnya kerja yang dihasilkan tidak memberi kepuasan yang diharapkan.

Bagaimanapun, Rosli (1997) pula menyatakan bahawa masalah merupakan satu fenomena biasa dalam kehidupan seharian, yang berbeza hanyalah bebanan masalah terhadap individu. Lebih jelas lagi iaitu ada masalah kecil, ringan dan mudah pula di atasi dan ada masalah yang berat serta sukar akan mengambil masa untuk diselesaikan.

Dalam pengurusan pengagihan tugas, pekerja sebenarnya mestilah diberikan kerja yang lebih terperinci dalam jangka masa tertentu supaya mereka tahu apa yang hendak dilakukan dan bagaimana cara melaksanakannya. Adalah menjadi tanggungjawab pengurus untuk menentukan tugas terhadap pekerja yang berbeza-beza mengikut kemahiran masing-masing. Dalam pengkhususan kerja, tugas yang berat atau banyak boleh disiapkan dengan lebih baik jika dilakukan oleh dua individu atau lebih jika dibandingkan hanya seorang sahaja yang melakukannya.

 

 2.5 Peluang Kenaikan Pangkat Dalam Mempengaruhi kepuasan Kerja

 

Peluang kenaikan pangkat adalah sukar untuk dijelaskan secara sistematik. Ini disebabkan setiap kenaikan pangkat akan diikuti pula dengan perubahan dalam penyeliaan, teman sekerja, kandungan pekerjaan dan gaji. Walaupun demikian, dalam konteks pekerjaan dan kepuasan bekerja terhadap pekerjaan, kenaikan pangkat merupakan satu cara atau penghargaan yang diberikan kepada seseorang pekerja untuk mengiktiraf kerja-kerja yang dilakukan oleh seseorang pekerja. Ini menunjukkan bahawa seseorang itu akan merasa puas hati terhadap apa yang didapatinya dan ini akan meningkatkan lagi keazamannya untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

Kenaikan pangkat merupakan peluang untuk individu mencapai tahap kedudukan yang lebih baik serta meningkatkan status individu (Baharum, 1998). Kenaikan pangkat juga merupakan satu cara atau penghargaan yang diberikan kepada pekerja untuk mengiktiraf kerja-kerja yang dilakukan oleh seseorang. Ini menunjukkan seseorang itu akan berasa puas hati terhadap apa yang didapatinya dan akan meningkatkan lagi keazamannya untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang (Abd. Rahman, 1997).

 Menurut Abdullah dan Ainon (2008), ganjaran yang diterima membolehkan memotivasikan seseorang pekerja dan seterusnya akan menyebabkan pekerja tersebut merasa puas dengan usaha yang telah dilakukan. Ganjaran pula tidak terbatas kepada pemberian dalam bentuk wang sahaja. Malah peluang kenaikan pangkat juga dikira sebagai ganjaran Jesteru, tidak hairanlah jika dapatan yang diperolehi adalah sedemikian rupa kerana peluang kenaikan pangkat dan kepuasan kerja mempunyai hubungkait yang rapat di antara satu sama lain.

Kenaikan pangkat adalah perkara penting dalam karier seseorang pekerja kerana selalunya ia akan diiringi oleh peningkatan kuasa, status, insentif, gaji dan tanggungjawab. Biasanya perkara ini didasarkan kepada prestasi kerja, tahap pendidikan, pengalaman, tempoh perkhidmatan, sokongan pihak atasan dan juga laporan kesihatan (Mohd.Yusof, 1997). Kepuasan kerja dalam peluang kenaikan pangkat juga dikatakan mempunyai perkaitan dengan peningkatan komitmen terhadap organisasi (Welsh dan Lavan, 1981).

 Menurut pendapat Lawler dan Porter (1967) yang menyatakan bahawa aras kedudukan adalah berkaitan dengan sikap atau tingkahlaku pekerjaan. Di antara sebab individu memerlukan kenaikan pangkat adalah kerana

                    i.            Untuk mendapatkan situasi sosial tuntutan selari bagi mereka yang mempunyai imej sendiri berdasarkan pandangan dan tanggapan orang lain.

                  ii.            Untuk memperolehi pendapatan yang lebih tinggi dan untuk mencapai taraf hidup lebih baik.

                iii.            Bagi mendapatkan perkembangan psikologi dengan mendapatkan lebih tanggungjawab.

                iv.            Untuk mendapatkan layanan dengan adil dan saksama apabila orang lain yang mempunyai cir-ciri dengannya telahpun diberikan kenaikan pangkat.

 

2.6 Pendapatan Yang Diterima Dalam Mempengaruhi kepuasan Kerja

 

Gaji merupakan ganjaran atau insentif yang diberikan mengikut kelayakan atau ketekunan seseorang berdasarkan jenis tugas (Baharum, 1998). Pendapatan ataupun gaji bukan sahaja setakat menjadi pendorong kepada kepuasan kerja. Menurut Ahmad Shukran (1997), setiap pekerja mengharapkan yang perolehan daripada hasil kerja mereka cukup bagi biayai keperluan hidupnya. Setidak-tidaknya, pendapatan yang diterima adalah sesuai dengan pengorbanan yang telah diusahakan olehnya.

Kepuasan dan ketidakpuasan kerja sering dikaitkan dengan gaji. Faktor gaji kerap menjadi punca ketidakpuasan kerja dan jarang dinyatakan sebagai sumber kepuasan kerja (Herzberg, 1959). Kepuasan dan pendapatan akan dapat dilihat oleh individu sebagai fungsi upah yang diterima bersesuaian dengan input dan output individu itu jika dibandingkan dengan orang lain. Kenaikan gaji dan bonus menjadi pendorong yang kuat terhadap prestasi kerja individu (Stoner dan Wankel, 1989).

Menurut Zaidatul (1990), kadar upah atau gaji merupakan salah satu ciri yang boleh membawa kepada ketidakpuasan kerja. Individu yang merasakan pendapatan dibayar kurang daripada sepatutnya, ia akan berasa tidak puas hati dengan upah yang diterima (Ahmad Shukran,1997).

 

 

 

 

 2.7 Rumusan Kajian Lepas

 

Daripada teori dan juga dapatan yang dikemukakan, dapat menunjukkan terdapat sedikit sebanyak hubungan di antara peluang kenaikan pangkat, gaji dan beban tugas dengan kepuasan bekerja seseorang pekerja. Memandangkan beberapa kajian yang berkaitan dengan kepuasan kerja telah dilaksanakan sama ada di dalam ataupun luar negara, dengan jelas menunjukkan kepuasan bekerja amat penting bagi seseorang untuk meningkatkan proses pengajaran dan sistem pendidikan di sekolah. Dengan itu, beberapa langkah yang sewajarnya dapat diambil untuk memenuhi kepuasan dalam pekerjaan.

Berdasarkan kenaikan gaji guru-guru yang telah diumumkan oleh kerajaan pada tahun 2007, serta beberapa dasar yang telah digubal untuk memberikan penambahbaikan terhadap dasar yang telah sedia ada, maka sewajarnya satu kajian harus dilakukan untuk melihat kepuasan bekerja dalam kalangan guru-guru kemahiran Hidup. Ini adalah untuk melihat sejauhmana perubahan yang telah dilakukan dapat meningkatkan tahap bekerja dalam kalangan guru-guru Kemahiran Hidup.

 

2.8 Penutup

Dalam bab ini, pengkaji banyak mengaitkan teori motivasi kerja dengan kepuasan kerja kerana kedua-duanya mempunyai perkaitan yang rapat. Hal ini disebabkan manusia dari segi fitrahnya mengharapkan sesuatu hasil dari apa yang dikerjakan. Hasil yang diinginkan itu menjadi motivasi kepada seseorang itu bekerja untuk mendapatkan hasilnya. Apabila berjaya memperolehi keinginan itu tadi, maka ia akan menatijah suatu bentuk rasa yang puas dalam diri dan merasakan suatu yang berbaloi dengan apa yang telah diberikan.

 

 

 

 

 

 

METODOLOGI

3.0       Pengenalan

Bab ini akan menghuraikan kajian mengenai kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru KH dijalankan sehingga kepada pengujian terhadap hipotesis-hipotesis yang telah dibentuk dalam kajian. Terdapat 5 buah sekolah menengah di daerah Kota Bharu dipilih untuk kajian ini. Aspek yang diberi tumpuan dalam bab ini adalah berkaitan dengan kaedah yang digunakan oleh penyelidik semasa menjalankan kajian. Ia meliputi rekabentuk kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, kajian rintis, prosedur kajian dan analisa data. Hasil daripada maklumat serta data yang diperolehi melalui borang soal selidik akan melalui proses penyusunan data dan hasilnya akan dibuat andaian dan kesimpulan.

 

3.1 Tempat dan Masa Kajian

Tempat sasaran kajian ialah di Sekolah menengah daerah Kota Bharu. Batasan kajian untuk penyampelan hanayalah terbatas untuk guru-guru yang mengajar Kemahiran Hidup yang telah. Seramai 40 orang responden diambil.

 

3.2  Instrumen Kajian

Alat kajian yang digunakan untuk pengumpulan data dalam kajian kesedaran masyarakat Malaysia terhadap budaya membaca ialah satu set soal selidik. Soal selidik merupakan sejenis temubual berstruktur yang dijalankan secara bertulis. Soalan-soalan yang spesifik  disusun secara sistematik mengikut suatu pengaliran pemikiran yang tertentu. Soalan-soalan yang akan di berikan kepada responden terdiri daripada soalan tertutup. Responden hanya perlu memberi jawapan yang ringkas ataupun memilih jawapan-jawapan yang telah disediakan.

 

3.3       Pengumpulan Data dan Analisi Data.

Setelah intrumen berbentuk soal selidik berjaya di siapkan dan menepati objektif kajian, pengumpulan data akan dilakukan. Cara pengumpulan data yang akan dilakukan dengan memastikan semua kaedah dan instrumen kajian yang dijalankan adalah tepat, sahih dan berkualiti. Instrumen kajian yang dijalankan iaitu soal selidik yang berbentuk skala Likert dan pemerhatian akan mula dianalisis setiap data yang diperoleh. Maklumat dan data diperoleh daripada sumber primer dan sekunder akan dianalisis oleh pengkaji melalui teknik penyelidikan kualitatif dan berdasarkan pengkajian dan penganalisisan mendalam (Indepth study) terhadap data-data yang telah diperoleh.

3.4       Kesimpulan

Secra keseluruhannya, bab ini telah membincangkan tentang teknik dan kaedah yang akan digunakan oleh penyelidik di dalam memperolehi maklumat dan menganalisi data. Kebolehpercayaan setiap item di dalam soal selidik boleh ditentukan dengan menggunakan perisian SPSS Versi 11.5. Melalui penjelasan ini, gambaran yang jelas dapat dibuat terhadap kaedah yang digunakan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru yang mengajar kemahiran Hidup.

 

RUJUKAN

 

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1989). Penekanan-penekanan dalam pengajaran

dan pembelajaran KBSM Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

Mohammad Haron. (1993). Pemahaman dan kesedaran pemahaman di kalangan pelajarpelajar

Melayu tingkatan tiga. Dalam Pendidikan di Malaysia: Arah dan cabaran,

ms.172-177. Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

 

Mohammad Haron. (1998). Keupayaan metapemahaman dalam pembacaan dan

pendengaran di kalangan pelajar tingkatan empat. Tesis Ph.D tidak diterbit,

Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

 

Muthusamy, M. (1994). Kesan dua strategi metakognisi terhadap pemahaman bacaan

teks ekspositori. Disertasi Sarjana M. Ed. tidak diterbit, Fakulti Pendidikan, Universiti

Malaya, Kuala Lumpur.

 

MahzanArshad. (2003). Pendidikan literasi Bahasa Melayu: Satu pendekatan bersepadu.

Kuala Lumpur: Utusan.

 

Nor Afzan Mohammad Yusuf. (2001). Budaya membaca masih rendah. Berita Harian,

30 Jun 2001.

 

Safiah Osman (Ed.). (1990). Membaca: Satu pengenalan. Kuala Lumpur: Benta.

 




 

 


Blog EntryMar 18, '10 1:39 AM
for everyone

SECARA umum, susunan sesuatu proposal penyelidikan adalah seperti berikut:

1. Pengenalan

2. Pernyataan tentang sasaran

3. Tinjauan perpustakaan

4. Susunan teoritis atau skema konseptual.

5. Hipotesis

6. Metodologi/kaedah.

7. Pernyataan tentang implikasi teoritis dan implikasi substantif.

 

1. Pengenalan

Pengenalan sesuatu proposal penyelidikan perlu menepatkan permasalahan yang akan diselidiki dalam prespektif sejarah. Penyelidik perlu secara ringkas memperlihatkan perkembangan sejarah dalam permasalahan sekarang yang akan diselidiki. Sebagai penyelidik,anda perlu menetapkan minat utama terhadap permasalahan dengan cukup tepat dan tegas.

Dengan kata lain, penyelidik perlu mengemukakan permasalahan yang diselidik dan sudut apa daripada permasalahan itu yang akan dianalisis atau dibahas secara meluas. Sebagai contoh, jika seorang penyelidik berhasrat untuk menyelidik pelbagai pengaruh sosial dan psikologi daripada Internet dalam lingkungan pembelajaran, dia boleh mulai dengan menerangkan permulaan asal penggunaan komputer dipelbagai lingkungan pengajaran-pembelajaran. Penyelidik dapat melanjutkan huraian sejarah dengan membahas penggunaan komputer pada saat sekarang di beberapa lingkungan yang khusus. pada pembahasan ini, dia boleh mengemukakan minatnya yang sesungguhnya dalam membongkar beberapa pengaruh sosial dan psikologi yang potensial daripada internet terhadap pembelajaran ketika itu.

 

2. Pernyataan tentang Sasaran Penyelidikan

Sasaran atau tujuan projek penyelidikan memperjelaskan apa yang ingin dicapai oleh penyelidik sebagai hasil daripada aktiviti penyelidikannya. Apakah tujuan spesifik yang ingin dicapai?

Ada kalanya bahagian ini dibahagi ke dalam beberapa subbahagian untuk merangkum tujuan utama dan tujuan tambahan. Atau, terdapat perhatian yang primer dan sekunder. Dalam hubungan ini, penyelidik mungkin mampu menyusun pelbagai tujuan dalam suatu susunan yang tertib, iaitu dari yang paling penting hingga yang kurang penting.

Tiada had bagi jumlah tujuan atau sasaran penelitian. Penentuan tentang beberapa

banyak sasaran yang ditetapkan bergantung kepada luasnya penyelidikan, membuat

penyelidik, waktu, biaya, dan pertimbangan tenaga kerja.

Sejumlah pendidikan boleh memiliki suatu tujuan tunggal, manakala sejumlah

projek penyelidikan lainnya mampu memiliki 20 atau 30 tujuan. Walaupun tiada had atas

jumlah sasaran yang dapat dicapai oleh suatu projek, ada kemungkinan penyelidik

menggarap terlalu banyak masalah.

Dengan yang demikian, kurang bijaksana melibatkan diri dengan terlalu banyak masalah sasaran penyelidikan, kerana penyelidik akan menghadapi kesulitan besar ketika mencuba merangkum tujuan-tujuan.

Sasaran penyelidikan yang terlalu banyak juga memungkinkan suatu skema teoretis yang sukar. Dengan yang demikian, dicadangkan supaya penyelidik membatasi sasaran pada suatu jumlah yang munasabah.

Jumlah yang "munasabah'' atau "yang rasional'' bergantung pada batas waktu,

pertimbangan anggaran, dan kekangan tenaga kerja. Penyelidik perlu menaksir secara subjektif pelbagai tujuan penyelidikannya untuk menetapkan adakah dirinya memiliki kesanggupan untuk menangani masalah yang dipilih secara berkesan.

Mungkin penyelidik bertindak bijaksana dengan memilih beberapa tujuan yang `kontroversial' tetapi tidak mustahil untuk dicapai.

Seterusnya, pernyataan yang tepat tentang tujuan atau sasaran merupakan pedoman yang berguna bagi aktiviti penyelidikan. Dengan menggunakan contoh internet tadi, maka sasaran-sasaran yang kabur atau samar-samar boleh berupa "untuk melihat kalau-kalau penggunaan internet pada suatu lingkungan pembelajaran akan membawa kepada perubahan sikap'' atau "untuk menemukan kalau-kalau penggunaan internet akan membawa perubahan peranan yang bererti di kalangan pelajar''.

Pernyataan-pernyataan tersebut dianggap kabur kerana mereka tidak mampu

menetapkan sikap apa dan peranan pelajar yang sama yang terlibat dan dipengaruhi oleh internet.

Memanglah, dapat dinyatakan bahawa suatu penyelidikan eksploratori boleh disusun secara longgar bagi menetapkan bagi lebih banyak sasaran penyelidikan yang spesifik untuk diselidiki dengan ketepatan yang lebih tinggi.

Sehubungan itu, suatu pernyataan yang lebih spesifik tentang tujuan lebih berupakan "untuk menyelidik pengaruh penggunaan maklumat-bukan-pelajaran daripada internet terhadap keruntuhan akhlak pelajar/remaja (sesuatu angkubah/variable sikap''. penyataan tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa angkubah bebas (independent)

internet boleh diikuti oleh suatu perubahan pada suatu angkubah bergantung (dependent)

yang spesifik, iaitu maklumat-bukan-pelajaran. Angkubah atau variabel bermaksud 'faktor termasuk unsur, ciri, angka dan sikap' yang boleh berubah. Dalam bidang sosial unsur-unsur kehidupan yang boleh berubah seperti ejaan, makna perkataan, sebutan dan gaya.

 

 

 

 3. Tinjauan Literatur

Tinjauan literatur (literature review), iaitu penelitian terhadap kajian terdahulu,

dirancang untuk merapatkan penyelidik dengan maklumat tertentu yang relevan dengan

topik yang diselidiki.

Terdapat pendapat berbeza-beza tentang sejauh manakah sesuatu tinjauan

perbahanan perlu dilakukan. Sejumlah penyelidik mungkin menumpukan perhatian pada

pengenalan semua perbahanan yang ada tentang suatu perkara, manakala yang lainnya

suka meninjau perbahanan berupa jurnal-jurnal utama sepuluh tahun terakhir.

Dalam sesuatu proposal penyelidikan, kita biasanya tidak perlu membahas smua

perbahanan yang ditemukan oleh penyelidik. Satu perkara yang positif daripada tinjauan

perbahanan bagi proposal adalah menggunakan beberapa gagasan yang representatif

daripada sejumlah buku dan artikel tentang subjek yang ditangani.

Sebagai contoh, jika terdapat 100 artikel tentang suatu topik tertentu yang

mencerminkan sejumlah pendapat utama yang berbeza dan bertentangan, penyelidik

penyelidik perlu mampu memilih 10 atau 20 artikel yang kelihatan mewakili pendapat

utama yang diperlukan, disamping sejumlah penemuan yang berlawanan.

Walau bagaimanapun, soal tentang berapa banyak artikel yang perlu dicantumkan

dalam sesuatu proposal penyelidikan, sukar dijawab secara kuantitatif. Sekiranya topik

penyelidikan relatif baru, maka mungkin hanya sedikit atau tiada maklumat daripada

perbahanan yang tersedia yang berkait langsung dengan subjek. Dalam hubungan ini,

penyelidik mesti mengutip perbahanan yang tersedia yang berkaitan hanya secara tak

langsung dengan topik yang akan diselidiki.

Sebagai contoh, pada akhir tahun 1970-an hanya sedikit, jika ada, yang diketahui

tentang pengaruh maklumat-bukan-pelajaran di kalangan remaja kerana pada ketika itu

alat bernama komputer ini masih asing lagi kepada penduduk negara ini. Jika penyelidik

memilih untuk mengkaji maklumat daripada internet berikutan pengaruhnya terhadap

sistem belajaran di sekolah, maka ia akan memasukkan dalam tinjauan literaturnya

maklumat yang berhubung hanya secara tak langsung dengan topik pilihannya. Dengan

yang demikian, usaha rintisan (iaitu projek penyelidikan yang menyelidik bidang-bidang

sosial yang sebelumnya tidak diteroka) merupakan sasaran keterbatasan yang signifikan

semacam ini.

sebaliknya, sekiranya terdapat bahan yang banyak tentang suatu bidang topik,

maka terserah kepada pengkaji untuk menentukan berapa banyak artikel yang akan

dipilihnya untuk suatu tinjauan yang representatif.

Sekali lagi, tiada ukuran yang jelas untuk menentukan berapa banyak artikel,

malah berapa banyak judul buku yang harus ditinjau, tanggapan dan penggaparan

subjektif ini lazimnya sudah memadai.

Usaha merujuk dan mengutip dalam tinjauan literatur dalam proposal dan laporan

penyelidikan boleh diselesaikan dengan pantas dan mudah setelah mematuhi prosuder

antarabangsa. Sebagai contoh "Willer (1971:132) menyatakan bahawa...'' adalah lebih

kurang kaku berbanding dengan "Nik Safiah karim, Hashim Musa, Farid Onn, Abdul

Hamid Mahmood (1986, hlm.12-14). Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka, menunjukkan

bahawa ...'' Dalam contoh, "Asmah (1980;14)'', sesuatu daftar rujukan yang diberi

keterangan disajikan diakhir proposal.

Karya penulis yang lebih dari satu oleh orang yang sama dapat ditangani dengan

mudah. Sebagai contoh, jika Asmah memiliki tiga karya tulisan dalam tahun yang sama,

maka karya tulis itu boleh ditunjukan sebagai Asmah (1980a), Asmah (1980b), Asmah

(1980c). Banyak jurnal yang mengikuti gaya pengutipan yang terakhir ini disebabkan ia

cepat dan mudah digunakan, serta menjadikan artikel lebih mudah dibaca.

Tujuan literatur perlu memperlihatkan suatu rangkuman yang berkesan menyusuli

pelbagai penemuan (dapatan) penting yang berkenaan langsung denga permasalahan

yang diselidiki. Ia membantu pembaca untuk memahami keterkaitan antara pelbagai

artikel atau buku yang ditemui.

Demi wujudnya objektiviti ilmiah, penyelidik perlu menggembleng usaha untuk

menghadirkan artikel dan buku (terutamanya dalam pelbagai bidang penyelidikan yang

kontroversial) yang mewakili suatu kedudukan yang setara.

Perlu diingatkan, bahawa membahas artikel artikel atau penulisan yang

menguntungkan daripada satu titik pendapat hingga mengabaikan artikel atau penulisan

yang merugikan daripada satu titik pendapat yang berlawanan, sebenarnya

mencerminkan sikap berat sebelah (memihak) penyelidik. Perlakuan begini perlu dihindar

lantaran ia bertentangan malah menyesatkan dari segi norma-norma ilmu pengetahuan.

 

4. Susunan Teoritis dan Skema Konseptual

Teori merupakan sekumpulan konstruk (konsep), definisi dan dalil yang saling

terkait yang menghadirkan suatu pandangan yang sistematis tentang fenomena dengan

menetapkan hubungan antara beberapa angkubah atau variable, dengan maksud

menjelaskan dan meramalkan fenomena (Kerlinger,1965:11).

Dengan yang demikian, susunan teoritis dan skema konseptual, dalam beberapa

hal, merupakan jantung proposal penyelidikan. Ia demikian ketika penyelidik merumuskan

dan mengembangkan suatu penjelasan tentang hubungan beberapa angkubah yang

diselidikinya.

Bagaimana terjadinya hingga angkubah X dan angkubah Y tidak hanya

didefinisikan tetapi hubungan logik mereka diperlihatkan.

terangkum di sini beberapa anggapan, pembuktian dan definisi yangv digunakan

oleh penyelidik untuk mengembangkan kerangka kerja eksplanatori tempat keseluruhan

projek penyelidikan. penyelidikan selanjutnya akan mendukung atau gagal mendukung

kerangka kerja teori yang ditemukan di sini.

 

5. Hipotesis

Hipotesis ialah suatu pernyataan sementara tentang sesuatu, yang kebenarannya

biasa tidak diketahui. Sebagai contoh, menyatakan bahawa pelajar Melayu tidak

menghadapi sebarang masalah dalam menjawab Bahasa Melayu Kertas I berbanding

dengan pelajar bukan Melayu, boleh ditafsirkan sebagai suatu hipotesis menyangkut

pengaruh tingkah laku terhadap kebiasaan berbahasa kebangsaan.

Terdapat tiga jenis hipotesis yang penting iaitu hipotesis penyelidikan, hipotesis

nol, dan hipotesis statistik.

Hipotesis penyelidikan merupakan pernyataan yang cermat tentang keadaan halhal

penyelidikannya. Hipotesis nol juga merupakan pernyataan kenyataan sesuatu

perkara tetapi pernyataan yang menolak atau menyangkal apa yang ditunjukkan oleh

hipotesis penyelidikan.

Hipotesis statistik pula adakah pernyataan tentang populasi statistik yang

berdasarkan maklumat daripada data yang diamati dan diusahakan oleh seseorang untuk

diguna pakai atau disangkal.

Dalam ruang lingkup proposal penyelidikan, hipotesis boleh dipandang sebagai

kenyataan spesifik daripada teori dalam bentuk yang boleh diuji.

Tiada had dalam jumlah hipotesis yang boleh ditarik daripada skema teporetis dan

dijadikan sasaran ujian pengujian empirisis. Namun begitu, biasanya jumlah hipotesis

pada pengujian emperis, maka beberapa atau kesemua sasaran projek penyelidikan

dicapai sebahagian atau semuanya.

 

6. Metodologi

Metodologi atau kaedah pendidikan merupakan blue print bagi aktiviti penyelidik

dan menetapkan bagaimana hendak menguji hipotesis, mempelajari subjek, atau

menghuraikan sasaran. Ia sebenarnya menjelaskan rancangan penyelidik dan merupakan

tahap “bagaimana melaksanakan kajian/penyelidikan itu''. Bahagian ini mengandungi

1. Populasi yang diselidiki

2. Jenis persampelan yang diikuti.

3. Ukuran sampel yang diambil.

4. Jenis instrumesi (misalnya: wawancara, soal-selidik, pemerhatian, analisis atau

sumber sekunder seperti catatan statistik, surat, ortobiografi)

5. Statistik yang digunakan (jika ada) seperti gamma, chi square, Person r)

6. Jenis sajian tabular (misalnya grafik, jadual, peta, gambar)

7. Pernyataan tentang Implikai Teoritis dan Implikasi Substantif. Pada akhir projek

penyelidikan, cuba fikirkan jawapan bagi soalan: "sejauh manakah relevansi

dan signifikansi penyelidikan itu?''

Walau pun terdapat banyak pengkaji yang mencari pengetahuan demi

pengetahuan semata-mata dan hanya memberikan sedikit perhatian kepada makna

daripada aktiviti penyelidikan mereka, namun ada penyelidik lain yang berusaha

memenuhi tujuan peribadi dan pada orang lain untuk mempertahankan penyelidikan yang

perlu mereka laksanakan.

Sehubungan itu, penyelidikan dapat dinilai daripada beberapa dimensi. Kalau

penyelidikan bahasa, penyelidikan dapat melihat manfaat segera dan langsung. Misalnya

kurangnya kesalahan umum dalam penulisan bahasa Melayu, atau peningkatan

penggunaan bahasa yang betul di kalangan pelajar bukan Melayu.

Dapatkah penyelidikan membantu pelajar menguasai sistem ejaan yang betul?

Dapatkah hasil penyelidikan berfungsi dalam penyelesaian minat membaca?

Suatu bentuk penilaian lain dibuat atas penelitian sosial menurut suatu dimensi

masa. Adakah hasil penyelidikan saya sekarang diterapkan 10 atau 20 tahun yang akan

datang walaupun tidak ada kegunaan praktis yang terlihat pada masa ini?

Penyelidikan boleh dinilai menurut nilai teoritisnya. Adakah penyelidikan ini

menyumbang pada teori-teori yang ada tentang kemahiran dalam bahasa kedua di

kalangan remaja? Atau, adakah penyelidikan ini menyangkal orientasi teoritis yang ada

 

 


Blog EntryApr 20, '09 12:07 PM
for everyone

Demi semua yang aku jalani bersamamu
Kuingin kau jadi milikku
Kuingin kau disampingku

Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa surga dalam hatiku

Kuingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani…

Sentuhanmu
Bagaikan tangan sang dewa cinta
Yang berhiaskan bunga asmara
Dan membuatku tak kuasa

Di setiap arung gerak
Tersimpan di hati kecilku
Bahwa dirimu terindah untukku

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernapas
Selama Tuhan masih mengijinkan
Kuingin selalu menjagamu

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernapas